السبت، 4 أكتوبر 2014

Bingkisan Hati - Allah itu Dekat, Dia makbulkan doa hamba-Nya

(Luahan hati ini ditulis oleh penulis sendiri, seorang hamba Allah yang hina dan berharap belas dari-Nya)


Jari-jemariku mendail nombor telefon Malaysia.
Setiap hari Jumaat, inilah rutinku. Pasti akan kuhubungi ibu dan ayahku.
Walaupun aku merantau jauh ke negeri orang, ibu dan ayahku adalah insan yang tidak pernah aku lupa.
Bertanya akan khabar mereka. Sesekali mendengar suara mereka, terubat rasa rindu.
Seketika, panggilan dari sana masuk dan suara ibuku lunak kedengaran di telefon bimbit.

“Assalamualaikum anak ibu.. sihat?”

Aku tersenyum sendirian. Ah ibu, mestilah anak ibu ni sihat.
Pasti ibu dahulu yang akan bertanya akan kesihatanku sebelum sempat aku bertanya.
Perbualan diteruskan.
Tiba-tiba ibu bercerita mengenai surat yang baru tiba di rumah.
Kata ibu, surat tersebut dari Yayasan Perak yang mengatakan sumbangan atau dana untuk aku ke luar Negara bagi pertukaran pelajar diluluskan.  
Dikatakan aku mendapat bantuan kewangan sebanyak RM1000.00 sebagai inisiatif untuk ke sana.

credit: google 


Aku terkesima.
Terharu dan sebak di dada mencengkam diriku.
Dan tidak semena-mena air mataku mengalir.
Baru kelmarin aku menangis tersedu-sedan meluahkan segala-gala isi hatiku agar Dia dapat menolongku dan menenangkan aku saat aku dalam kedukaan.
Hakikatnya, aku ketika ini dalam kesempitan kewangan.
Perbelanjaan di Negara orang ini tersangatlah tinggi.
Sememangnya peruntukan untuk aku belajar di luar Negara sudah tersedia namun hanya untuk mencukupi makan pakai sahaja.
Itu tidak termasuk melawat ke tempat2 lain di sekitar sini yang sudah tentunya memakan kos yang agak tinggi.
Memikirkan hal tersebut, aku menjadi runsing, risau dan gelisah.
Aku risau peruntukan perbelanjaan aku di sini tidak mencukupi.
Sudah tentu aku tidak mahu membebankan ibu dan ayahku dengan meminta bantuan wang ringgit kepada mereka.
Ah cukup. Aku tidak mahu menyusahkan mereka sekali lagi. Cukuplah. Mereka sudah banyak membantu aku.  
Lalu, untuk mengubat hatiku yang resah, kuadukan masalah ini pada Dia.
Bercerita segala-galanya kepada Dia.
Kerana hanya Dia sahaja yang dapat memahami  segala isi hatiku sekaligus dapat menenangkan aku.


Dan pada hari ini, berita dari ibuku sudah pasti membuatkan aku menangis sekali lagi.
Aku menangis dua sebab.
Sebab pertama aku menangis kerana Allah memakbulkan doaku.
Allah itu dekat. Dia bersamaku. Pasti dia tahu masalah yang aku alami.
Kedua, aku menangis kerana gembira. Akhirnya masalahku selesai.
Dengan bantuan yang aku dapat tersebut, pasti dapat menampung kos perbelanjaan aku di sini.


Tamatnya perbualan aku dan ibu ayahku, aku terus bersujud syukur padaNya.
Ya Allah, segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Sekalian Alam.
Ampunkan dosa2 hambaMu ini, dosa kedua orang tuaku, dosa guru2ku dan pensyarah2ku.
Terima kasih atas nikmat yang Kau beri ini.
Terima Kasih kerana  Kau mendengar doaku.
Kau perkenankan doaku.   
Kau yang menenangkan hatiku.
Siapalah aku nak dibandingkan dengan Mu.
Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah dan tidak punya apa-apa.
Aku hanya ada Kamu. Dan kau kasihanilah hambaMu ini.
Aku mahu bergantung harap padaMu.
Dan pada hari ini Kau makbulkan doaku, aku bersyukur Ya Allah.
Kau jadikan hambaMu orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu.
Jangan biarkan hamba ini lalai dan kufur dengan nikmat pemberianMu.

 
credit: google 


Itu doaku. Sekali lagi aku menangis tersedu-sedan di hadapanNya.
Seketika fikiran aku melayang pada KalamNya yang berbunyi :


“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah- buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang2 yang sabar. Iaitu, orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, “Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un”. (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali.). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah : 155- 157)


Pabila aku membaca ayat ini berkali-kali dan cuba memahami maksud tersiratnya, hatiku terasa tenang.
Betul2 ayat ini menusuk ke kalbuku.
Barangkali Allah ingin memujukku, lalu diilhamkan padaku tentang ayat2 ini.
Teringat ayat tersebut, pipiku hangat dengan air mata.
Sungguh, aku tak tahu sejak belakangan ini mudah sahaja air mataku ini keluar.
Terima kasih Ya Allah, kau permudahkan jalanku.
Terima kasih Ya Allah…. 

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa