الخميس، 23 أكتوبر 2014

#7 Travelog Oman IIUM - Kuliyyah Sultan Qaboos

Assalamualaikum guys. Hai. Akhbaruk? (apa khabar) ahaha. arab sangat.  
Semalam, jam 5.30 petang, iqa dan sahabat2 bertapak ke Kuliyyah Sultan Qaboos di wilayah Nizwa,Oman.
Kuliyyah ni khas untuk pelajar2 luar negara (selain Oman) yg belajar bahasa Arab. (kira khas untuk Arabic non-native speaker)
Di kuliyyah ini, diadakan satu pameran mengenai budaya negara mereka sendiri.
Ada mcm2 negara cthnya : Belarus, Czech Republic, Korea, Kazakhstan, Britain, Oman, Turki, dan USA.

Czech Republic 




Kazakhstan



Britain 


Turki



Korea 


USA



Oman 


Menariknya diorang ni cakap Arab fasih sangat.  
Iqa jumpa orang Korea. Memang excited gila.
Memang iqa stick dengan orang Korea je. Dah tak nampak negara lain . Ok. Aku dah jumpa orang Korea memang aku suka gila. Sebab aku gila korea.
Berbual dengan mereka dalam bahasa Arab ok!!!! Bahasa arab ye!! tolong paham.!!  hahah. Mcm tak caye pulak
Masalahnya budak2 korea ni fasih bahasa arab. Cuma adalah juga slang2 diorang tu time ckp. Kire okla kan.. daripada tak reti cakap arab langsung.

salah seorang student Korea yg fasih berbahasa arab 

Salah seorang  budak korea (Sulli, nama dia) belajar arab 6 bulan je kat Oman.
Tapi, serious ah fasih kot dia cakap.
Allahuakbar. Kita ni yang dah belajar arab beberapa tahun kot, tak tahu fasih ke tak. Hee.
Berbicara dengan Sulli, memang byk berkisar tentang korea.
Iqa cakap iqa suka tengok drama korea.
Sekali cakap korea, memang diorang gelak. Annyeseong, cinca??? Tu je perkataan yg terkeluar dr mulut iqa masa tu. Excited sgt. Terlupa perkataan lain.


merasa mkn2 Omanis 



ni ada game apa? tgh2 tu org Korea. Muka dya macam actor Seo In Guk! ahaa 



Khushuknya! apa tah diorang bincang

Pengalaman dikacau budak2 lelaki, Omani.

Selesai travel di setiap booth pameran tersebut, Iqa dan sahabat iqa, (Najihah) nak solat Maghrib.
Kelam sangat. Waktu Maghrib dah tinggal sipi2 je lagi nak abis.
Disebabkan tiada tempat solat, kami decide solat di belakang bangunan.
Kebetulan di situ terbentang luas tikar, orang pun tak ramai lalu lalang.
Tak pasti kiblat mana satu, so, cuba tanya budak lelaki,Omani (dalam lingkungan belasan tahun) mana satu arah kiblat yang sebenar.
Tak sangka pulak diorang ni boleh tahan jugak perangai.
Serious, iqa ingat budak2 laki sini sume jaga ikhtikat, tak ckp dengan pompuan, ghopenye sangkaan iqa tak betoi pun.


Ini antara perbualan iqa dan najihah dengan budak2 laki, Omani ni:  

ناجحة  : "نريد صلاة المغرب. أين القبلة؟؟"
   Najihah: “Kami nak solat Maghrib. Mana satu arah kiblat ye?”  

                الشباب : "هنا. أيوة."
              Budak2 laki : “sini2,,” (sambil tangan tunjuk arah lurus straight.)                  

ناجحة  : "حقا؟؟ بالتأكيد؟؟؟"
Najihah : “Serious?? Betul???”

Iqa dalam hati, wui, jiha jgnla tnye lagi, kang melalut dorang. Maghrib dah nak habis.tp iqa phm kenapa najihah tanye camtu. Sebab nampak diorang main2 jawab.

الشباب : "نعم! لأن هناك المسجد."
Budak2 laki: Ye! tu ada masjid. (sambil tangan menunjuk masjid yang tersergam indah dari jauh.

Aku terpikir, apa kaitan masjid dengan kiblat? ngeee

ناجحة  : "الحمدلله."
Najihah: “Alhamdulillah”.

Iqa gelak dengar jawapan najihah. Lawak sangat.ahaha

الشباب:  "متى تدخلين الإسلام؟؟"
Budak2 laki: “Kamu berdua sejak bila Islam?”

Iqa dalam hati cakap, gila apa punya soalan. Adoi. Ahah, mende doe.

زليخة :  "منذ صغير".
Iqa : “sejak kecil”.

Ahaha..senang jawab.

الشباب : "لأنكما تعجبني بسبب تصلي في أي مكان. أيوة! صلي! سننظر!"
Budak2 laki : “sebab saya suka kamu berdua. Tetap  solat di mana mana. Solatlah! Kami akan tengok.”

Weh! Gila! Takkan diorang nak tengok iqa dengan jiha nak solat. Iqa pegang tangan jiha. “Jiha mcm mne ni? Mampuih pun diorang tgok kita solat??” Jiha cool je. Takpe solat je. Abaikan.

زليخة  : "يا الله.... لا!! لا!! لا تنظر."
Iqa : “Ya Allah. Jgn! Jgn! Jgn tengok”.(sambil bagi isyarat tangan suruh pergi dari sini.

Dalam hati cakap, Ya Allah, bilalah diorang ni nak berambus? Maghrib dah nak habis ni.

الشباب  : ".................."
Budak2 laki: “…………………”

Diorang ckp apa ntah! tak pham. Bising plak.

زليخة  : "اسكت !"
Iqa: “Shussss.. diam!”

Jiha dah start solat. Iqa still lagi tak boleh. Sbb diorang ada kat situ.

الشباب   : "أنت تصلين! أنت ما اسمك؟ هو تريد أن تعرفني."
Budak2 laki: “Kamu solat sekarang! apa nama kamu? Dia nak kenal.” (sambil gelak2 tgn salah sorang budak tu point kat iqa) dah start dah…


Gila. Ni yg iqa tak suka. Tanya nama iqa. Iqa diam. Memang tak ah nak bgtau nama. Last2, terpksa jugak solat wlaupun diorang ada kat tepi tu.
Tapi, Alhamdulillah sekejap je. Terus diorang blah.
Selesai menunaikan solat, iqa dan jiha menuju ke tengah2 bangunan kuliyyah tersebut.
Iqa duduk sebelah makcik, Omani. Serius, duk sebelah makcik teringat kat mak iqa. Huk. Sedeh.
Cuba berbual dengan dia, adeh. Dia cakap arab a’mi (bahasa pasar). Tak faham iqa.
Iqa belajar arab fusha (bahasa baku)
Iqa jawab “la/naam” je. Ahaha. Dah tak tahu nak ckp apa. Cuma sesekali dgr “ziin..syukran…” hee.. tu je iqa paham.

peace! smpat snap gambar dengan makcik ni

Ada macam2 persembahan daripada Omanis dan pelajar2 yang pelbagai bangsa.
Persembahan dari omanis paling lama.
pebenda ntah. Diorang (orang lelaki) menari sambil pegang pedang dengan senapang nyanyi lagu apa tak tahu.
tak pham sebab bahasa a’mi (bahasa pasar) mereka guna.
Bosan jugak lelama. Ahaha.

persembahan dari pelajar2 pelbagai negara



majlis penyampaian hadiah

Akhirnya selesai penyampaian hadiah untuk pelajar2 pelbagai bangsa tu, kami dijamu dengan makan malam.
Wah. Makan malam. Bab makan, iqa memang no satu. Hahaha.
Kami makan dalam talam. Seperti biasa pelbagai juadah disediakan seperti buah-buahan, jus, manisan dan kopi.
Omanis memang mewah dengan makanan. Tapi bab membazir takyah ckp.
Sedih iqa tgok nasi banyak berbuang. Serious kot. Tak paham iqa kenapa diorang suka membazir.
Tu salah satu budaya Omanis yang iqa kurang gemar.
Selesai makan malam, kami bergerak pulang ke university.
Alhamdulillah, syukur sangat diberi peluang oleh-Nya sebab dapat jumpa orang2 yang telah memberi inspirasi kepada iqa dalam pertuturan Arab.
Serious kot. They are inspired me a lot.
Belajar dalam 2 bulan je/ 6 bulan je .. tapi dah boleh bertutur bahasa Arab.
Pulak tu, bukan sume dalam kalangan diorang orang Islam.  
Mostly orang bukan islam. Ngee.. orang bukan islam belajar bahasa arab. Bahasa arab bahasa al-quran, bahasa syurga.
Kita? Org islam? Belajar dan mendalami tak bahasa quran ni? Allahuakbar. Tepuk dada, tanya iman.
And lagi satu, iqa dapat jumpa orang Korea. Tu semestinya kenangan yg iqa takkan lupa..
Iqa tanya diorang kenapa belajar arab.
Jawapan : Nak jadi translator. Even xde bahasa arab di Korea, boleh travel ke mana2 jadi translator.
Weee.. gila ahh. 

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa