الاثنين، 18 أغسطس 2014

Bilik bermisteri? "Saya Takut" Contest - Miss Fatyn

Tag :

 Azhafizah Md Nor

Syaz Harzays Minme

Sweet Pea

KLIK BANNER UTK JOIN CONTEST



~ cerita ini benar, namun dah ditokok tambah sedikit oleh penulis sendiri yang mengalami kisah seram ini. ~

******************

Malam yang pekat. Di suatu tempat, burung pungguk bersiul dengan ‘merdu’ sekali. Merdu sangat! Buat org takut ada lagi le.
Aku dan Solehah meneruskan langkah ke Blok Rumah Merah.
Haih. Terpaksa.

Malam ini kami ditugaskan untuk memeriksa setiap blok asrama, iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Putih, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Inilah tugas kami, iaitu ‘prefect’ yang tersangatlah berwibawa. Har har.. untuk meng ‘check’ asrama dengan memastikan semua pelajar mengosongkan asrama dan hadir ke Kelas Persediaan Malam (kelas prep malam).

Pabila kaki sudah memijak lantai blok Rumah Merah, tiba-tiba perasaan cuak menguasai diri. Hati berdebar tak tentu arah. Aku selalu dengar cerita dari sahabat2ku yang mengatakan Rumah Merah ini berhantu. Di mindaku sudah terakam bermacam2 lembaga yang bakal muncul sebentar lagi.

gambar cilok di google semata-mata


Secara automatic, tanganku memaut lengan Solehah.

“Wey soleh! Cane ni? Aku takut ar.. kaw dengar kan citer mcm2 tentang Rumah Merah ni?” sambil menggigil aku bertanya kepada dia.

“Rilek..rilek..zul. takde papepun. Baca ayat qursi banyak2. In sha Allah takde pape. Ni tugas kita kan. Kena jugak check.” Solehah cuba menenangkanku.

Masalahnya, aku cuak ni. Tengok! kaki aku dah menggeletar semacam. Macammana kalau cerita dorang tu betui? Xyah check ar. Jom blah.” Cuba memujuk Solehah untuk “blah”, namun dia telah pun berlalu meninggalkan aku menuju ke tingkat atas Rumah Merah.

Ah sudah. Tinggal aku sorang terkonteng-konteng di ‘ground floor’. “Berani betul minah ni!” bicaraku dalam hati.

Walaupun, perasaan takut menguasai diri, aku tidak lupa pada-Nya. Lantas, mulutku terkumat-kamit membaca ayat qursi. Membaca apa2 ayat quran/doa yang keluar dari otakku.

Aku meneruskan perjalanan di ‘ground floor’ tersebut.  “ok..zulaiqa.. rilek ye. Positifkan minda anda. Ingat. Benda ni tugas kau. Prefect. Kena jalankan amanah.” Cakap kat diri sendiri.
Aku memerhati setiap bilik di ‘ground floor’ tersebut.
Kosong.

Semua orang dah ‘berambus’ pergi kelas prep malam. “Bagus jugak bebudak2 ni dengar arahan Cikgu Nazeri”. Cikgu Nazeri antara cikgu yang paling legend di sekolah kami. Cikgu paling garang. Pergh. Kalau ada murid2 yang ponteng kelas prep, mampus ah kena rotan dengan cikgu. Takot woo.

“Ok. Cun. Bilik semua dah kosong. Tak de orang. Lampu dan kipas semua dah tutup. Apa lagi. Cabut ah.” Aku suka cakap sorang2. Nak hilang gemuruh kat hati ni.

Baru sahaja kaki mencecah ke pintu keluar asrama, tiba-tiba si Solehah melaung nama aku. Ah sudah. Macammna aku boleh lupa dia. Takut punya pasai sampai kawan pun lupa. Aku ketuk kepala sendiri.

“Zul.!!! Zul!!! Kaw tak perasan ke lampu bilik ni terpasang? Kaw lupa nak tutup ek?” Solehah menjerit memanggil nama aku sambil bertanya soalan yang dah semestinya buat aku cuak sekali lagi.

Aku pelik. Setahu aku, aku dah pastikan tadi semua bilik, lampu dan kipas dah dimatikan. Ni sapa pulak yang gatai tangan pi bkk balik ni? Aku menyumpah di dalam hati.
 
cilok kat google

Lalu, dengan pantas, aku melangkah sekali lagi ke bilik yang dimaksudkan oleh Solehah.
Jelas, di hadapanku bilik ini terang-benderang dengan lampu semua terpasang.
Aku pandang muka dia.
Muka dia serius bertanya.
Muka aku lagi la, pelik berkeriut seribu.
Tak paham. Sapa pulak bkk balik lampu ni?

“Kaw bia betik! Aku dah tutup ar semua tadi.” Memang aku tersangat pasti yang semua bilik di ‘ground floor’ ini dah gelap.

“Abih, bilik yang ni, kenapa lampu dia terpasang lagik?” Solehah bertanya lagi, inginkan kepastian.  

“Mana tau! Serius ah! Konfem gila bilik ni dah gelap tadi.”

“Takpelah. Maybe kaw lupa tutup kot tadi.” Terus Solehah tutup ke semua lampu bilik tersebut.

Aku terdiam. Aku pandang bilik yang dah gelap itu lama. Lantas aku berfikir.
Siapa pulak yang pasang lampu ni tadi?
Mana ada manusia lain selain aku dan Solehah sahaja yang ada pada ketika ini.
Takkan Solehah sendiri yang pasang lampu tu sengaja nak main2 kan aku?
Tak mungkin.
Aku kenal sangat Solehah. Kawan lama aku.
Dia budak baik. Bukan jenis yang suka bergurau benda2 cenggini.

Ark! Hantu ke punya keja.?? Bulu romaku sudah mula menegak.
Terasa macam ada ‘benda’ sedang memerhatikanku.
Jangan! Jangan! Tolong jangan muncul depan mata aku.

Si Solehah sudah lama meninggalkan aku berlalu ke pintu pagar keluar asrama.
Tsktsk, apa jenis kawan. Tak nak tunggu aku.   

“Woi Soleh! Tunggu aku!” aku terus menjerit sambil berlari lintang- pukang meninggalkan bilik yang bermisteri itu.

Sehingga ke hari ni dah tua bangka, persoalan misteri tentang lampu tersebut menjadi tanda tanya di benakku.Cerita kat kawan. Ada yang takut. Ada yang ‘no respond’. Ada yang ‘buat dunno’.Aku pun tak pasti nak klasifikasikan cerita aku ni seram atau tidak.

Yang pasti malam tersebut, memang aku rasa takut sangat lepas kejadian tersebut berlaku.
Tak tenang nak study prep malam masa tu.
Tak boleh tidur teringat benda tu.
Aku cuma nak tahu, manusia atau ‘benda’ yang pasang lampu tersebut. Uhuuu. 


ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa