الأحد، 18 أغسطس 2013

Walimatul Urus besar-besaran?? Apakah mendapat keredhaan Allah???


Pandangan ditala ke arah majlis kenduri kahwin tersebut.
Suasana tidak semeriah mana pun.
Tidak ramai orang yang dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.
Tetapi, walaupun tidak meriah, aku terasa ketenangannya di situ.
Tenang…syahdu…aman…damai…begitulah perasaan yang dapat aku ungkapkan pabila aku datang ke majlis walimatul urus ini.
Tak tahu kenapa, perasaan sebegini wujud dan ini adalah pertama kali aku terasa akan perasaan ini.
Biasanya, kalau kita datang majlis kenduri apa pun mesti dipenuhi dengan gelak ketawa, riuh rendah dengan orang ramai dan tidak kurang juga muzik berdentam-dentum yang membingitkan telinga.
Namun, kenduri kali ini aku tidak merasai suasana sebegitu, sebaliknya ketenangan yang aku rasai.
Tema warna hijau itu menarik perhatianku.
Langkah diteruskan sambil tangan sibuk mendail nombor telefon sahabatku, Izzah.
Hari ini merupakan majlis kahwin kakak Izzah.
Aku yang merupakan satu-satu sahabatnya di UIA secara istimewa dijemput oleh Izzah untuk menghadiri kenduri kahwin kakaknya.

“Weii… Izzah!! Iqa da sampai da ni!! Mana kaw???” kereknya aku bersuara di telefon. Ah,,Izzah sudah biasa denganku, ssemestinya dia tidak kisah.
“Arr,,da sampai?? Oke2.. izzah tunggu depan khemah ni,”.

Telefon dimatikan. Lantas kaki terus menuju ke khemah.
Rindunya pada Izzah. Sudah lama tidak berjumpa dengannya. 





Cerita ni kisah benar. Baru baru ni iqa pegi majlis kahwin kakak kepada kawan iqa, Izzah.
First time iqa pegi kenduri kahwin yang iqa rasa tenang dan syahdu sangat. Huuu
Majlis kenduri kahwin ni sangat2 ringkas dan sederhana.
Mugkin sebab family Izzah dari kalangan orang yang sederhana.
Tidak ada pelamin, muzik, makan beradap untuk raja sehari.
Masa iqa datang kenduri tersebut, pengantin lelaki dan perempuan sedang makan di atas lantai rumah sahaja.
Bayangkan kawan-kawan??? Biasa kita melihat pengantin makan di atas kerusi dan meja.
Sebaliknya, pengantin ini hanya bersila di atas lantai. Allahuakbar, pemandangan sebegini adalah pertama kali berlaku dalam hidup iqa.
Hakikatnya majlis kenduri kahwin sebeginilah yang paling afdhal dan berkah.
Elakkan pembaziran yang melampau-lampau ketika mengadakan majlis kenduri kahwin.
Bagi iqa, pelamin, muzik2 yang kuat semua itu tidak perlu.
Boleh menggalakkan kita ke arah pembaziran.
Jika kita ingin mengadakan sesuatu majlis yang memaksa kita berhutang dengan kadar yang banyak, elakkanlah perkara tersebut.
Cukuplah sekadar majlis yang ringkas dan sederhana. 
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah katanya bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Salah satu perkara yang dinyatakan dalam hadis ini ialah larangan Rasulullah agar umat Baginda menjauhi pembaziran.
Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).
Gambaran yang diberikan Allah terhadap orang yang melakukan pembaziran dalam ayat berkenaan amat keras kerana syaitan itu adalah makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.
Namun, perasan tak, sekarang ni, kalau nak adakan majlis kahwin perlu diadakan besar-besaran dan gilang gemilang???
Semuanya kene havoc, glamor dan high class contohnye pelamin, baju pengantin, goodies dan muzik.
Kalau takde sume tu tak lengkaplah majlis perkahwinan tersebut.
Inilah masyarakat Melayu. Terlalu mengikut dan terpengaruh dengan masyarakat Barat.
Nau’zubillahiminzalik.
Renung-renungkan samaada mahukan majlis kahwin yang mendapat keberkatan dan keredhaan Allah ataupun mendapat laknat dari Allah disebabkan pembaziran yang melampau-lampau.
Di sini iqa ada sertakan beberapa gambar majlis kahwin kakak Izzah yang cukup sederhana dan ringkas.
Sayangnya iqa tak dapat bergambar dengan pengantin sebab masa tu diorang tengah makan.huu

dari depan walimatul urus
 

beginilah keadaan majlis kawin kakak izzah

dari kiri : adik iqa, iqa , izzah


pengantin bersila makan di atas tikar

makan beradap di tikar yg sederhana dan ringkas. Allahuakbar.pemandangan cenggini buat iqa lebih insaf

bilik pengantin. ahaha.. cam iqa kawen


thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa