الأربعاء، 21 أغسطس 2013

Top up Pahala dengan Puasa Enam

Guys.
Hari ni sudah masuk syawal ke 14.
Sudahkan anda berpuasa sunat enam di bulan syawal??



Definisi puasa enam : Puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.
Actually sesiapa yang berpuasa enam ni besar ganjaran pahalanya.  

Fadhilat puasa enam

1. Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” (HR. Muslim).

2. Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan dari Tsauban, Nabi shallallahu ‘alaihi wasalllam bersabda:
“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan (puasa) dua bulan, maka itulah bagaikan berpuasa selama setahun penuh.”


3. Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


Puasa ganti dan kaitannya dengan puasa enam

Soalan :Bolehkah niat puasa enam digabung bersama dengan niat puasa ganti???

Perasan tak?? Persoalan ni sering menganggu fikiran kita terutama bagi kaum wanita yang perlu kena ganti puasa. Ehee..faham kan..

Jadi,, iqa baca artikel daripada sini mengatakan :

Ada DUA pendapat :

1. Pendapat pertama ---- >  tidak boleh ! ( Tak sah ) berdasarkan hadis di bawah ini :   
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]


2. Pendapat kedua ---- > ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh kalau seseorang tersebut menqadha’kan (menggantikan) puasanya ( niat puasa ganti tak gabung dengan niat puasa enam). Tapi ganjaran pahala diperoleh kurang sedikit berbanding orang yang berpuasa kedua-duanya berasingan. Yang ini pendapat ulama syafie.

Jadi, kesimpulan yang dapat kat sini, gabungan niat puasa ganti dengan puasa enam tidak boleh, tetapi bagi sesiapa yang berpuasa ganti dalam bulan syawal mereka akan beroleh ganjaran pahala  puasa enam tu. < ----- ngeee..faham tak???
Kalau nak pahala upgrade lagi lebih afdhal puasa asing-asing. Mula2 puasa ganti dulu, then puasa enam. < ---- ha..faham kan..

Jadi,, bagi yang tak start puasa enam lagik iqa nak ajak korang jom tup up pahala dengan melakukan ibadah ni.
Tak susah pun.huu
* (ngee.. kalau apa yang korang baca ni salah, sila perbetulkan ya. Iqa manusia bese punya banyak kekurangan.) 




thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa