الأربعاء، 7 أغسطس 2013

Malam Raya????

 
 
Hai kawan kawan… apa khbar??
Gilaa lahhh…cepatnya masa berlalu..
Dah abis Ramadhan.. esok dah nak raya!!
Jadi,, malam raya korang buat ape je??
Eheee… iqa taw mesti ramai yang bermengah-mengah buat persiapan di malam raya..
Iqa pulak??? Ha! Jum terjah ..

Balik rumah atok (dekat dengan rumah)
Ahaha..ni masa iqa kecik.. parents iqa selalu bawak iqa dan adik balik rumah atok malam raya

Main bunga api dan mercun 
Kalau budak kecik memang tak sah la kan main bunga api dan mercun..iqa dan adik masa kecik suka main bunga api malam raya. Mercun kekadang je .. kitorang pompuan ..takut.huuu
 
Pasang panjut (pelita)
Masa kecik2 dulu bese pasang panjut kat rumah atok. Seronok sangat rumah dikelilingi panjut. Sekarang, iqa dah besar tak pakai dah panjut ni…huuu…rindunya. 

Pasang radio dengar lagu2 raya
Wakaka..malam raya memang banyak lagu2 raya.. iqa paling suke dengar lagu Mamat Exist : Kupohon Restu Ayah Bonda .. sambil mengemas rumah sambil mendengar lagu…wa..bestnye 

Pasang langsir
Masa ni lah iqa baru nak tolong mama iqa pasang langsir.. bila raya je sangat sinonim dengan langsir?? Betul tak? Ahaha

Isi kuih raya dalam balang
Iqa tolong mama isi kuih raya dalam balang..tak pun bekas.. seronok.. macam2 kuih ada. Biasa mama iqa beli je.. tapi taun ni iqa ada buat dua jenis kuih raya : Siput dan Cornflake !!! eheee…

Kemas bilik sendiri.
Bilik iqa dan adik biasanya jadi tumpuan bile hari raya. Bile saudara mara datang je mesti diowang nak letak handbag la..nak baring la…nak solat.. adeh. Nak taknak kene kemas bilik bagi nampak lawa. Ahaa.. 

Men “try” pakaian2 raya
Wakaka.. masa kecik2 dulu macam ni la perangai iqa dan adik. Suke sangat bila dapat baju baru. So,, asyik nak try je menggayakan baju tuh depan cermin. Esoknya kitorang nak pakai untuk solat hari raya. 

Iron baju/tudung
Malam raya kitorang da siap dengan pakaian yang sudah digosok. Esoknya,,kitorang akan pakai baju baru tu untuk ke masjid solat hari raya.  

Tengok tv
Malam raya da start dengan cter2 best. Taun lepas ada citer Vanila Coklat Raya!! Taun ni (malam ni) ada citer Setia Hujung Nyawa Raya.. ahaa.. best2!!

selamat hari raya aidilfitri photo: Selamat Hari Raya Aidilfitri ge.gif

Okelah.. tu antara aktiviti2 yg iqa buat sepanjang malam raya..
 korang plak camana?? Taknak share dengan iqa???
Di kesempatan ini iqa nak ucap “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI” pada sume rakan2 blogger..
Iqa nak minta maaf sekiranya iqa ada menyinggung perasaan korang ..
Mana taw..kot2 iqa ada komen dengan perkataan2 tak elok ke..huu
Mintak maaf sangat2..
Jangan lupa kita disunatkan mengucapkan takbir raya sehinggalah imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya pada keesokan harinya.
“TAQABBALLAHU MINNA WA MINKUM”  “SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMALANMU”

thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa