الجمعة، 26 يوليو 2013

Sakit perut selepas berbuka puasa????


Qistina keluar dari bilik air dengan tangan kanannya berada di perut.
“Adui.sakitnya perut aku! Camana nak pegi tarawih ni!!”, Qistina mengaduh dengan wajahnya yang berkeriut menahan kesakitan.
Untuk kali ketiga dia sudah keluar masuk bilik air tersebut.
Sejak selepas berbuka tadi begitulah keadaannya.. tiba2 sahaja perutnya memulas dan memaksa dia ke tandas untuk “membuang” …… 


Pernah tak perkara sebegini terjadi dalam hidup korang selepas berbuka puasa???
Perut korang tetibe memulas dan sakit yang teramat sangat hingga memaksa korang untuk ulang alik ke tandas berkali-kali.
Dan akhirnya akibat berlaku sedemikian korang terpaksa menelan “Pil Chit Kit Teck Aun” untuk mengurangkan kesakitan tersebut.
Perkara sebegini tidak lain tidak bukan “cirit-birit” < --- wuu iqa sebut ringkasan dia “cb” je nanti taw.
Iqa baca dari satu artikel ni mengatakan sakit perut ni dalam bulan Ramadhan adalah perkara normal.
Perut kosong di siang hari,,then masa berbuka korang melantak banyak sangat makanan bercampur manis dan pedas.
Jadi, perut kita jadi “terkejut” tidak dapat menerima semua tu serentak sekali.
Then, perut yang terkejut tadi mogok buat hal.. dia pun sakit lahh.. haha..tetibe buat cerita..
Sakit perut dan “cb” ni bukanlah suatu penyakit yang teruk tetapi kalau boleh mesti kita nak elakkan time bulan puasa nieh???
Sebab sekali kita dapat penyakit tu mesti badan kita lemah dan tak berdaya sekaligus mencacatkan kita nak solat Tarawih.. betul x?

Jadi,, di sini iqa sertakan tips2 untuk elak sakit perut dan “cb” selepas berbuka puasa:

1. Beli makanan/minuman di bazar Ramadhan yang korang yakin betul2 dalam keadaan bersih.

2. Jaga kebersihan diri. Cth : basuh tangan dulu sebelum makan ( hak3.. ni kalau berbuka dah lapar sangat terus je lahap makanan tanpa basuh tangan. Mana bole cenggitu) 

3. Bahan2 makanan yang korang masak untuk juadah berbuka tu biarlah dimasak dengan betul.jangan main cincai je.  

4. Jangan makan dengan gelojoh ketika berbuka. Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga lumat. Seperti Rasulullah saw baginda mengunyah  makanan sebanyak 40 kali supaya makanan tersebut lumat dan perut dapat memproses makanan tersebut.

5. Yang ni penting : jangan lupa baca doa sebelum makan. Kekadang kita dapat penyakit ni sebab Allah bagi peringatan kat kita jangan lupa Dia bila dah dapat nikmat (rezki)  yang Dia sudah kurniakan…


Semoga tips2 ni berguna untuk kalian dan diri iqa juga.
Selamat beramal!



thank you for reading photo: Thank you for reading! Congratulationssecond.png

هناك 5 تعليقات:

  1. baru malam tadi kena.. tiba-tiba pukul 1pagi terjaga dari tidur sebab rasa mual dan sakit perut.. pergi ke tandas terus muntah dan cirit-birit.. sebelum tidur balik sapu losyen halia mustajab warna kuning tu di perut.. pagi ni alhamdulillah dah ok..

    ردحذف
  2. akak pernah ja kena mcm ni.. siang dh pedih perut , time berbuka lak makan pedas gila. apa lagiii dok berulang tandas la. dekat smggu gak baru pulih spti sdiakala.. ^_6

    ردحذف
  3. Iqa..tip yang bagus ni. Memang kalau beli makanan kat luar kena berhati2, pilih yang bertutup dan kebersihan diri pun kena jaga juga kan.

    ردحذف
  4. Assalammualikum...iqa,

    tips-tips yang bagus nie,,,

    mselim3

    ردحذف

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa