الأحد، 1 مايو 2011

MeNcaRi KeberKatan iLmu~

Berbicara mengenai keberkatan ilmu, rata-rata masyarakat tidak tahu bahawa keberkatan sangat penting dalam menuntut ilmu. Berkat itu ape maksudnya???
Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu بركة . Dan pekerjaan ‘mengambil berkat’ pula dikenali sebagai tabrruk. Tetapi ianya bukan berkat sebagaimana yang difahami oleh masyarakat Jawa iaitu nasi kenduri yang dibawa pulang sebagai bekalan. 

Berkat bermaksud bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Ar-Raghib al-Asfahani mendefinisikan sebagai “البركة”: ثبت الخيراله في شي “: Keberkatan itu ialah wujudnya kebaikan yang dilimpahkan oelh ALLAH di dalam sesuatu.










Keberkatan dalam ilmu dapat dilihat apabila ilmu itu: 
i. Sedikit yg dipelajari tetapi membuahkan lagi ilmu-ilmu yg lain. 
ii. Ilmu membuahkan amal. 
iii. Ilmu merangsangkan lagi untuk kuat beribadat. 
iv. Ilmu dikembangkan pula untuk orang lain. 
Cuba perhatikan beberapa tajuk media massa..

“Hakim Syarie ditahan kerana merasuah”
“Doktor dipenjara kerana mencabul kehormatan pesakit”

Amat sedih apabila kita mendengar seorang yang bijak pandai akhirnya jadi begini akhirnya. Daripada tajuk tersebut dapat kita tafsirkan berkat tu camne. Actually,keberkatan  merupakan suatu yang abstrak, tidak dapat dianalisis dengan deria manusia. Keberkatan tidak dan sesekali tidak akan dapat diukur dengan mana-mana skala duniawi. Hatta mereka yang memegang status pelajar terbaik fakulti pun, belum tentu dapat mencapai keberkatan…
So, apa yang aku ingin ditekankan di sini, berkat itu sangat penting dalam menuntut ilmu. Kat sini kita dapat kenal pasti bagaiman cara yamg terbaik untuk mencari keberkatan ilmu.


1.Niat belajar kerana Allah s.w.t.Betulkan semula niat belajar untuk menjadi yang terbaik.


2.Sentiasa doakan ibubapa, guru-guru, rakan-rakan, dan diri sendiri.


3.Berjumpa kembali guru-guru yang telah mengajar kita dan ucaokan terima kasih kerana mengajar, minta maaf dari mereka dan maafkan mereka, inta mereka halalkan ilmu yang mereka ajar.


4.Jaga ibadat setiap masa samada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.


5.Bersihkan hati dengan melakukan amalan-amalan mulai seperti solat sunat, puasa sunat, baca Quran setiap hari, istighfar, memaafkan semua orang ,sentiasa dalam keadaan berwudhu', jaga kesihatan, dan sentiasa berkomunikasa dengan Allah melalui doa


6.Tawakkal kepada Allah s.w.t semsa berusaha dan selepas berusaha.


Semoga hai-hari yang kita lalui disinari cahaya rahmah dan kasih sayang dari Allah s.w.t.Selamat beramal...






INI DOA MEMOHON KEBERKATAN ILMU


ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق

Kamsahamnida (terima kasih) sebab komen entry iqa.In sha allah iqa komen entry korg plak

 
♥ Copyright © 2014 reserved to Blog Iqa|Template Edited by Sharina ElyanasHaRiNa eLyaNa